12 Aug 2015

Bye-bye pacifier

Aiden start hisap pacifier masa umur 3 bulan. TERPAKSA bagi pacifier sebab aku nak pergi dipi-a dan Aiden jenis suka mengempeng untuk lelap. So, sementelaah aku takde tu takkanlah Aiden nak mengempeng dengan papa dia kan?

Mula-mula tu dia reject paci sebab tak reti nak hisap. 2-3 hari jugalah try baru dia boleh terima paci tu. Kebiasaannya, lepas menyusu memang dia akan mencari paci untuk lelap. Oh ya, kami bagi paci tu time dia nak tidur je. Memang SENGAJA tak biasakan dia berkepit dengan paci sepanjang masa. Aiden ni masa dia baby, memang jenis yang tak banyak ragam. Takde menangis melalak tak tentu pasal. So kami takde masalah untuk sooth dia dengan bagi paci, kalau bukan kerana dia nak tidur. Kalau dia breastfeed memang takde cari paci, sebab biasanya terus tidur.


Aku bagitahu husband, genap umur dia 2 tahun nak wean off Aiden daripada paci. Aku sendiri memang tak suka dia bergantung lama sangat dengan paci. Makin besar, makin susah nak wean off. Paling takut kalau bibir dia jadi terjongkit, effect daripada habit hisap paci tu. T___T

Mujurlah babysitter aku pun jenis yang tegas dan support untuk wean off Aiden daripada paci. Sebab budak yang dia jaga sebelum Aiden pun, memang dia wean off paci bila cukup 2 tahun. So yeay kat situ! Before Aiden genap 2 tahun pun, babysitter dah try slowly untuk wean off tapi tak berjaya. Dia cuitkan sikit minyak yuyi pada paci, Aiden hisap then kata pedas. Dia cakap kat babysitter, Mama lap please. Boleh? FAIL!

TAPI...!

Husband aku pula yang tak sampai hati nak wean off sebab kesian bila Aiden dok mencari dan susah nak tidur bila takde paci (masa fasa percubaan nak wean off). Same goes to babysitter's husband. Dia pun kalah bila Aiden merengek nak paci. Iskkk. BTW, sejak Aiden start hisap paci kami beli brand MAM jenis yang orthodontic.

So, lepas Aiden dah 2 tahun (Februari lepas) pun kami masih tak berjaya untuk wean off dia daripada paci. Tersasar sudah KPI aku. T___T

:: Masa ni Aiden almost 1 year 11 months ::

The weaning process.

Bulan Mac lepas semasa kami ke Krabi, pacifier Aiden boleh pula tertinggal. So sepanjang kami di Krabi, Aiden memang paficier-less (?) . Of course dia merengek, dok cari paci dia time nak tidur. Tapi syukur no major drama swasta from him. Maybe sebab aktiviti kami penuh kat sana, dia penat so nak tak nak without paci pun dia tidur nyenyak. Tapi few times juga dia cakap nak 'teteng' (puting). Kami bagitahu dia elok-eloklah, kenapa throw teteng dalam car? Now it's gone. Alhamdulillah dia faham. Senang sangat kalau having conversation dengan Aiden, macam cakap dengan budak besar sebab dia cepat faham :D

Balik daripada Krabi, we all decided untuk terus wean off dia daripada paci. Sepanjang 4 hari kat Krabi tengok dia OK je, boleh survive without paci. Suatu kebetulan yang memberi hikmah. 

Kat rumah babysitter pun takde major drama walaupun ada juga dia menangis nak paci. Babysitter cakap nanti mama call mami, suruh mami beli teteng ya? Terus Aiden OK dan stop memangis. Pujuk gitu jelah. Senang termakan pujukan anak teruna mak ittew! :P

Actually, paci Aiden tu dia campak dan secara tak sengaja termasuk dalam tempat aku letak dessert yang kawan-kawan order. On the way nak bercuti tu, sempat lagi buat dessert then pass kat kawan kat Putrajaya. Sampai laa ni paci Aiden tu masih ada kat kawan aku. Lupa nak suruh dia buang. Hahaha.

So yeah, semudah itu the weaning process. Kami berjaya wean off Aiden secara tak sengaja pada umur dia 2 tahun 1 bulan. Syabas untuk kami! Kahkahkah. On the serious note, kalau nak wean off anak memang kena kental.

Kat Baby Centre ni ada tips untuk wean off pacifier. Good luck for mommies out there yang tengah dalam process untuk wean off your kids!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...