3 Aug 2015

Cemburu itu bagus

Bagus kalau menuju kebaikan. Contohnya masa belajar dulu, kalau si polinah dapat 4 flat masa exam. Aku cemburu lantas aku pun berusaha untuk mencapai 4 flat jugak. Contoh cliche sangat khen.

Yang tak bagus, kalau aku cemburukan rezeki orang lain. Contoh, si polinah tu berjodohan dengan lelaki berada. Kalau laki dah berada tu haruslah si polinah tu mendapat tempiasnya jugak kan? Dapat pakai barang mewah (barang kemas, handbags, etc.). Disebabkan kecemburuan aku, aku pulaukan si polinah di pejabat dan menghasut rakan-rakan untuk turut serta.

Aduhaiii. Tak millenium langsung tau perangai kalau macam tu. Toksah didengki rezeki orang lain. Doa yang baik-baik. Sangka yang baik-baik. Usaha yang baik-baik. InsyaAllah satu hari nanti ada jugaklah rezeki kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...