3 Aug 2015

Media sosial

Media sosial kalau disalahguna atau terrrrlebih guna jadilah so-sial.
Bulan baik, bulan meraikan kemenangan nilah yang kome nak gunakan untuk aibkan keluarga, aibkan kawan, aibkan siapa-siapa jelah.

Yang ada masalah keluarga tu, kalaupun tak puas hati dengan ahli keluarga yang pemalas tahap dugong sekalipun. tak boleh ke tegur depan-depan? Takde whatsapp group untuk family ke? Nak jugak snap gambar orang tengah terbongkang tidur masuk dalam social media lepas tu caption panjang berjela. Haih la. Settle cara baik kan lebih elok.


Yang dok memaki orang tak berhenti walaupun baru balik dari Tanah Suci tu pun satu juga. Semua orang pun nak diharukkan. Daripada insiden tersalah maki sebab nama kedai makan, sampailah kepada kejadian tak bertegur sapa. Ada aje yang dijadikan sebab. Kalau sehari tak maki orang, hidup tak aman gamaknya? Agaknya bila dah bergelar selebriti, tak boleh kalau hidup takde perhatian. Sedih.

Yang bertelagah antara si buah hati dengan bekas isteri pun tak jugak berkesudahan. Pokok pangkalnya, kalau tak ditepekkan dalam media bergambar, takkannya orang luar tahu. Itulah susah kalau perkara luar dalam nak dikongsi.

Orang luar yang jadi nasi tambah pun satu, dengar cerita daripada sebelah pihak, tapi cara komen macam tahu hujung pangkal. Banyak sangat masa eh? Aku rasa rakyat Malaysia ni memang terlebih masa sebab dalam semua tempat bergosip pun penuh dengan komen.

Ada FB dengan IG aje pun dah rasa 'penuh', apatah lagi kalau ada channel lain. Memang tak kuasalah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...