16 Aug 2015

Mengata dulang paku serpih

Tajuk entry je dah berbaur kenegatifan. Huahua.

Al-kisah, hari tu ada someone cakap pada anakandaku Aiden awak dah 2 tahun lebih kan, dah besar ni tak payah pakai nappy lagi. 

Gituuu.

Padahal yang bercakap tu, anak first kau dulu umur 4 tahun pun masih berak dalam nappy. Tak pandai nak guna toilet. Kencing tu memanglah kat toilet, tapi beraknya masih dalam nappy. Ada hati pula nak cakap Aiden dah besar. Pffttt sangat!


Aku ada plan sendiri bila nak start potty training si Aidenoshi tu. Kalau ikutkan, memanglah dah boleh sebab Aiden dah bercakap. Memang dah pandai cakap kalau nak berak. Kalau kencing tembus kat nappy pun dia cakap Mami, Aiden beyak. Haha. Belum pandai cakap wee wee.

Kami suami isteri target untuk diaper-less kan Aiden sebelum dia 3 tahun. Same goes dengan susu botol. Sekarang ni Aiden 2.5 years. So, after this slowly-lah untuk process potty training tu. Peringkat awal ni ingat nak start on weekends. Kena discuss dengan babysitter kalau dia OK untuk Aiden sambung potty train kat rumah dia. Bukan apa, takut dia 'tak dan' nak bawa ulang alik ke toilet sebab ada lagi 2 orang budak (seorang sebaya Aiden, seorang lagi setahun) kat rumah dia.

Ada orang kata potty train ni jangan paksa anak. Sampai masa nanti anak akan ready sendiri (umur berapa nak biar anak ready sendiri???) Potty train awal sangat nanti buat stress diri sendiri. Well, kami memang suka letak pressure pada diri sendiri. Haha. Sebab tulah letak KPI, ingat kerja kat office je ke kena ada KPI?

Start-lah fasa mak menggugel tips untuk potty training anak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...