13 Aug 2015

Of Aiden's car seat and stroller

Rajin pula update blog minggu ni. Buat kenangan untuk masa depan kaedahnya :P (post dah lama duduk dalam draft sebenarnya)

Aku beli travel system ni waktu pregnant lagi atas alasan senang bila nak travel balik kampung. Aku kan berpantang kat kampung, so nak travel daripada JB senanglah bila dah ada baby bucket/car seat. Survey punya survey, aku bagitahu husband nak beli Maxi Cosi Cabriofix dengan Quinny Zapp Xtra. Dan dia pun setuju walaupun mula-mula bertempik juga bila dengar harga travel system ni. Gegege. Baru Maxi Cosi dengan Quinny, belum Stokke ke 4Moms Origami lagi. T____T


:: First time bawa Aiden ke JPO. Masa ni tak ingatlah dia berapa bulan tapi for sure masa ni aku dah habis pantang hehe ::

Masa aku kursus dulu, husband akan travel dengan Aiden every weekend untuk pick-up aku kat kampus. So, car seat ni memanglah sangat berjasa pada kami anak-beranak sepanjang tempoh 6 bulan berkursus tu. Aiden pun selesa duduk dalam tu. Most of the time dia tidur je. 

Husband pernah travel daripada JB ke KL seorang diri bawa Aiden masa aku kursus kat KL. Masa tu Aiden 9 bulan. Dua kali berhenti kat RNR sebab anak berak. He survived! Kikiki. Banyak betul pengorbanan suami aku masa tu, tak terucap kalau nak berterima kasih (tetiba touching kahhh!).

:: Ni Cabriofix minus the pillow sebab Aiden dah besar masa ni. Tak muat dah nak pakai pillow tu ::

:: Masa ni 7 months, pun dah nampak tak muat duduk dalam Cabriofix ni. Kaki dah terjulur keluar ::

Masa tahun 2013 aku letgo travel system ni sebabnya Quinny keluarkan Zapp Xtra 2; foldable seat. So, jual kat member aku both stroller and car seat ni then beli Zapp Xtra 2. Gedik nak Zapp Xtra 2 sebab senang nak bawa stroller time travelling especially kalau naik flight.

:: Ni first time travel naik flight ke Alor Setar bawa Zapp Xtra 2. Senang sangat kalau nak dibandingkan dengan Zapp Xtra (1st edition) sebab seat boleh fold ::

Stroller ni memang tak layaklah untuk di letgo sebab dah bercalar-balar sebab dah banyak kali dibawa travel. Keluar masuk kargo tu yang bercalar sebabnya staff airlines bukannya handle with care pun. T_T

:: Picture masa kat JPO lagi. Takde tempat lain. LOL! ::

:: JPO lagi? Kahkahkah. Bukannnnnlah, ni nak menunjukkan sampai sekarang pun aku masih guna Zapp Xtra 2 ni. Takde plan pun nak beli stroller lain sebab memang sangat puas hati dengan performance dia ::

Bila dah letgo Maxi Cosi Cabriofix tu, aku beli Maxi Cosi Tobi sebagai ganti. Ni pun pembelian yang berbaloi! This one, beli pre-loved je from a friend of mine sebab anak dia tak mahu duduk langsung dalam car seat ni. Jimatlah few hundreds bucks daripada beli yang first hand. Yeay disitu! Aku beli Tobi ni masa Aiden berumur 9 bulan, until now dah 2 years plus pun masih pakai lagi.

:: Antara gambar awal yang dirakam selepas beli Tobi. Aku pakaikan Ban Bat pillow supaya kepala Aiden tak tersengguk-sengguk. Syok dia tidur tanpa gangguan :D ::

:: Ni antara latest picture dia duduk dalam car seat. So far masih muat, but we're planning to get new car seat when he'll turn 3 next year. Nak beli car seat for toddler yang less bulky. Sekarang masih survey lagi nak beli car seat apa :: 

Tobi ni senang nak dibasuh. Nak pasang balik cushion-nya pun senang. Terpaksa cuci bila Aiden muntah kena kat car seat dia. Kalau setakat spray dengan Febreze memang tak hilang bau masam muntah tu. Plus, kalau tak basuh nanti cushion seat tu nampak bercapuk dan bertompok. Euw.

Aku beli bukan semata-mata sebab brand tau, safety come first. InsyaAllah kalau ada rezeki Aiden untuk beradik nanti, kami akan turunkan untuk adik dia pulak sebab masih in good condition. Itu yang orang kata, alah beli menang memakai ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...