13 Aug 2015

Susu formula, sampai bila?




Aku dah follow Dr. Suriya ni lama juga kat FB. Ini antara perkongsian yang aku rasa worth to be shared.

Aiden sekarang masih menyusu guna botol. KPI aku dan husband untuk stop-kan dia menyusu botol bila dia cukup 3 tahun. Nak ajar dia minum susu guna cup aje. KPI untuk potty train pada usia tu juga sebagai persediaan kot-kotlah nak hantar dia pergi school next year kan. Tapi macam kesian pula nak hantar school umur 3 tahun sebab macam kecikkk lagi je. T___T

Start daripada introduce formula milk (FM), kami bagi Enfalac A+ then tukar ke Enfagrow A+ bila umur dia dah setahun sampailah genap 2 tahun. Masa ni rasa expenses untuk FM tu keluar macam air yang deras. Expenses untuk FM sebulan 350-400. Tu belum lagi diapers. Hewhewhew. Lepas je cukup haulnya 2 tahun, aku tukarkan FM dia, sampai sekarang minum Dugro 1-3 tahun. Surprisingly, Aiden serasi dengan Dugro, bilamana dia jarang sangat batuk lepas tukar susu. Kalau masa minum Enfagrow A+ tu kerap jugalah batuk berkahak. Pernah batuk sampai 2 minggu tak baik-baik. So, Alhamdulillah walaupun pakai susu murah tapi serasi. Aku tukarkan susu dia tu atas alasan dah lepas 2 tahun dah tak wajib pun menyusu, cuma proses nak putus susu tu kena buat slowly.

Aku pernah cuba limitkan Aiden menyusu 4 botol je dalam sehari. Result-nya? Memang dia akan makan banyak lebih daripada biasa. Sebab bila tak menyusu, jadi lapar kan? Plus, Aiden akan makan banyak kalau bagi dia spaghetti bolognese. Tu memang favorite food dia. Sekarang dah bertambah lagi satu fav food; lempeng. Yerr, lempeng bukan pancake. Tu pun banyak dia makan. Adalah lagi beberapa makanan lain yang dia suka atau kena dengan selera, dia akan makan banyak.

Lagi satu, kami tak biasakan dia tidur sambil hisap botol susu. Ada jenis budak yang suka kemam teat botol susu walaupun susunya dah lama habis, kan? Daripada pembacaan aku, habit itu sangat tidak elok sebabnya boleh menyebabkan caries pada gigi. Yelah, FM kan manis bergula bukannya macam breastmilk manis original.

Nota lain. Kami tak biasakan Aiden mengudap jajan or makan sweets/candy. Babysitter pun sama. Kalau budak lain balik sekolah bawa jajan, dia akan suruh sorokkan or jangan makan depan Aiden. Kalau pergi beli groceries, lalu kat tempat jajan tu Aiden takkan minta pun untuk beli jajan. Benda yang akan dia request setiap kali adalah Yakult atau Vitagen dan roti.

Kalau keluar pergi berjalan secara impromptu (balik pick-up Aiden daripada rumah babysitter contohnya), memang tak bawa bekal susu. Kalau dia minta, kami cakap tak bawa susu. Nanti balik rumah baru minum OK? Kebiasaannya dia faham. No major drama or melalak bersungguh. Tapi memang kena cakap baik-baik dan bagi dia air mineral untuk gantikan sementara susu yang takde tu.

Key point-nya adalah cakap elok-elok dengan anak tapi kena tegas. Macam apa yang Dr. Suriya cakap artikel dia kat atas tu.

Sama macam kalau dah lewat malam, Aiden minta nak main sand. Aku akan bagitahu, tak boleh main sand sebab dah lewat. You need to sleep sebab esok pagi kena bangun awal nak pergi rumah mama. Kita main esok boleh? He will answer BOYEH mami. 

Sekarang ni yang pening time nak tidurkan dia je. Kalau dia tidur petang kat rumah babysitter, memang susahlah nak tidurkan. Pukul 11 lebih pun masih segar-bugar takde tanda mengantuk. Kalau bawa masuk bilik, dia melompat-lompat atas katil kacau kami nak tidur. Tsskkk.

Aku minta tips kat kakak aku yang paed tu, macam mana nak buat Aiden senang tidur. Tips daripada kakak aku ialah; ajak anak main secara aktif atau buat aktiviti fizikal sebelum waktu tidur. It works! Silalah cuba kalau tak percaya :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...