5 Oct 2015

Kurang atau lebih perhatian

Korang ada fesbuk?
Kat timeline aku keluar macam-macam setiap kali buka.
Seimbang kot yang baik dan yang buruk, 2-2 ada.

Few days ago, ada sorang kawan share pasal ketidakpuasan hati beliau terhadap layanan seorang dokter di KK terhadap beliau yang membawa anak kecil yang tidak berapa sihat. Dokter tu tak pandang muka dia pun ketika memberikan layanan. Muka pun ketat. Ini telah menyebabkan kawan aku tu hangin lantas menulis secara panjang lebar tentang ketidakpuasan hatinya di fesbuk.

Hmmm. 


Aku rasa macam nak komen something. Tapi, aku bantutkan niat. Takut kata-kata aku mengecilkan hati dia. 

Selain tu, ada juga kawan yang komplen tentang train lambat sampai, makanan tak sedap, jalan jem, jerebu teruk, etc. Tak berkesudahan kalau nak ditulis satu per satu.

Benda yang aku perasan, kat fesbuk ni lebih ramai yang suka update status yang berbaur negatif. Aku hari tu hampir-hampir juga nak mencatitkan ketidakpuasan hati terhadap seorang nurse di klinik. Sistem apa entah dia pakai, nombor yang dia panggil ke dalam klinik based on angka kecil ke besar walaupun aku si pemegang angka besar sampai dulu ke bilik rawatan. Orang yang terkemudian dipanggil terlebih dahulu lantas menyebabkan aku terpaksa menunggu lebih lama daripada waktu yang sepatutnya.

Bila dah tak tahan sangat, aku suarakan pada nurse. Barulah dia panggil aku selepas patient yang ada dalam bilik rawatan tu keluar. Kepala rasa berasap je time tu (tambah lagi belum solat Zohor, makinlah syaiton cucuk kasi panasss).

Tangan memang gatal dan rasa laju je nak mengadu dekat fesbuk. Tapi, bila aku fikir balik untuk apa? Apa yang aku dapat? Puas hati dapat meluahkan perasaan di alam maya? Saja nak bagitahu kat orang lain? Lebih puas hati bila aku dapat cakap direct dengan nurse yang jadi punca tu kan? Masuk dalam kereta, mulut aku pun macam peluru berpandu mengomel kat husband. Puehhh hati den! Kikiki.

Sikap orang kita ni memang suka kongsi benda negatif berbanding positif. Baru sekali dapat service buruk kat klinik dah komplen. Lupa segala service tiptop/baik yang lepas-lepas. Tren on time takde pula update status kat fesbuk, ye tak?

Paling haru kalau status bukan-bukan milik orang lepas beranak. Setiap masa update benda negative. Meroyan ke? Seram OK. Angin meroyan jangan dibuat main. Sampai ketua boleh kekal dalam badan kalua tak diubat. Nauzubillah.

Orang lepas bersalin ni penat. Nak-nak lagi kalau bukan beranak sulung. Mana nak jaga newborn, yang besar lagi. Kalau takde support daripada husband atau family, memang payah. Jadinya kalau dah setiap masa meroyan, adakah maksudnya kau terabai dek laki? Kurang perhatian? Semacam je nak menempelak laki (Secara tidak langsung kat status fesbuk).

Bawa-bawa istigfar. Syaiton memang mudah sangat nak mencucuk amarah. Melayu Manusia memang mudah lupa.



1 comment:

Cik Puan Tqah said...

setuju sangat..esp yg suka condemm org.,cm diorg plg bagus.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...