11 Oct 2015

Misleading ads

Hari tu kelebet newsfeed fesbuk.
Ternampak sponsored iklan susu kambing jenama islamic (tak ingat apa).
Iklannya berbunyi "sejak menggunakan susu kambing brand XXX, tiada lagi masalah puting botol susu berkerak seperti menggunakan jenama susu lain".

Duh? For REAL?


Teats berkerak tu sebab engkau (si penulis iklan) malas cuci bersih dan tak sterilized!
Botol susu Aiden, boleh bertahan dekat 6 bulan tanpa ditukar.
Takde masalah puting berkerak ke apa sebab lepas pakai terus basuh takde peram sampai 2-3 hari.
Kalau dah guna, then tak basuh memanglah jadi berkerak.
Balance susu dalam botol pun dah basi dibiarkan je.
Lepas tu tak pernah nak sterilize.
Iskkk.

Takde kena-mengena langsung dengan jenis susu yang engkau guna.
Menyampah sungguhlah dengan misleading ad macam ni.
Jenis ad yang kena jatuhkan produk lain nak bagi laku produk sendiri.
Apa punya marketing entah *insert annoyed face*

.

Kelmarin, tertengok iklan produk terlajak laris dikaca tv.
Iklan tentang sebatang celak mata menggunakan model wanita berniqab.
Bila tak pakai celak takde orang pandang, bila dah bercelak lelaki pandang terus bernafsu (boleh dikatakan begitu sebabnya pelakon lelaki dalam iklan tu jadi menggeletis sambil dicubit oleh isteri masing-masing).

So, what is wrong with the advertisement?

IMHO, sangat tidak kena dengan konsep wanita tersebut yang mengenakan niqab.
Bukankah berniqab itu tujuannya untuk mengelak maksiat mata oleh kaum lelaki?
Kalau tengok mata yang disolek je boleh menaikkan hawa nafsu, dah menyalahi 2 tujuan iaitu; tujuan bermekap dan tujuan berniqab.

Very disturbing laa iklan-iklan macam ni.
Easy to mislead the public.
Jenis iklan yang matlamatnya menghalalkan cara.
Konsepnya, asal boleh jual barang.
Blerghhh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...